Selasa, 15 Mac 2011

Aku kembali...

Assalamualaikum WBT...
sesungguhnya salam itu merupakan sesuatu yang besar kerana kita mendoakan sesuatu yang baik untuk seorang muslim yang lain. apabila kita memberi salam kepada seseorang, salam itu akan kekal samai kita jumpa saudara muslim kita balik yang kita beri salam itu tadi. Hebatkan salam itu sebenarnya cuma kita yang selalu lalai termasuklah diri saya yang menulis ini. hehe cukuplah itu mukhadimah saya buat masa ini

Dah lama tak menulis di blog nie.... tak tahu idea apa nak masukan..
almaklumlah sekarang sibuk dengan macam-macam kerja dan baru saja habis final projek..lega satu bab tapi ada bab lain pulak. itulah hidup kita sebenarnya.. tujuan tulis blog ini pun sebab nak kongsi ilmu dan mendapatkan ilmu saja...hee

bukan senang kita nak menuntut ilmu kerana kita yang mencari ilmu itu cuma hati mahu atau tidak sahaja.
kadang-kadang kita nak ilmu tetapi qorin(pedamping) kita yang ada dengan kita ini yang menyebabkan kita susah nak buat sesuatu kebaikan..termasuklah diri saya....haishh tapi tidak mengapa asal iman kita kuat insyAllah mampu untuk mengatasi sifat jahat dalam diri kita nie..

Rabu, 19 Januari 2011

Oh manusia....

Orang yang di timpa bencana adalah kerana orang itu di kasihi Allah...
maka bersyukurlah kerana Allah masih menyangi kita :-)


manusia terbahagi kepada 8 jenis macam
    orang yang masuk Syurga
1) Muka yang berseri2
2) Mulut yang baik
3) Hati yang lembut
4) Tangan yang ringan untuk bersedekah..


     orang yang masuk Neraka

1) Muka yang masam
2) Mulut yang jahat
3) Hati yang Keras
4) Tangan yang Kedekut

maksud di atas ialah martabat seseorang hamba Allah.
muka yang berseri2 kerana rajin dan taat beribadat kepada Allah
mulut yang tidak mengata pada orang dan membuat jahat..
hati yang mudah lembut apabila mndengar ayat Allah
dan akhir tangan yang ringan untuk bersedekah

manakala orang yang masuk neraka kerana:
Muka yang masam sebab tiada taat pada Allah
mulut yang berjahat pada orang lain
hati yang keras apabila melihat kesusahan orang lain
dan tangan yang kedekut untuk bersedekah...

Orang yang tiada rasa simpati apabila melihat okesedihan orang lain di sebabkan adanya sifat takabur, sombong pada hatinya...
Adakah kita seperti itu....
Renung-renungkanlah....

Sabtu, 15 Januari 2011

Sabar...

malam tadi buat pertama kali kena ganguan dari mahkluk halus,
dah 6 semester tggl kt kamsis baru 1st kena... rupa2nya dah banyak hari x baca surah Al-baqarah patut la. yang paling best mcam mana dalam mimpi itu aku leh sedar ini mimpi dan tak mau bangun dan sedar dari tidur.. sampai benda tu cucuk kt celah ketiak aku suh bangun juga.. tahu ler geli...kena jga la bgun...hehe kalau bagun semayang tahajut ok la jga ni tido balik. apa jenis manusia la aku nie... hanya selingan...

Alhamdullilah sempat juga hari ni pergi masjid....dan mengaji kitab dengan tok guru Syeih Abdullah Al-fatani.
dah lama x jumpa dn sempat juga salam dan cium tangan beliau... moga2 dpt ambik berkat.
hari ini beliau mengajar tentang sabar...
Dalam Al-Quran terdapat 97 ayat sabar ini dan terbahagi kpd 16 bahagian.
surah Al'-Imran ayat 146.
-Allah suka kepada orang-orang yang sabar...
orang yang Allah suka ada 5..
dan yang pertama adalah sabar..kerana untuk  menguji sejauh mana kita melakukan kerja ke jalan Allah.
kita buat kerja islam untuk mencari keredhaan Allah bkn mencari keredhaan mahkluk.
Surah An'-Nisa ayat 80,
Barangsiapa(Raja,PM dan semua manusia) yang menTaati Rasulullah, maka sesungguhnya orang itu mentaati Allah...
sejauh mana kita mentaati Rasul...sama2 la kita scan balik diri kita..
Wassalam...

Rabu, 12 Januari 2011

Hidup Makin Mencekam........

Minyak naik....minyak masak pun naik juga.....
bawang pun naik.... memang sekarang makin susah hidup...
pecah RM50 kejap je tggl 20... padahal beli barang yg slalu duk beli....
susah hidup...
betul macam orang kata...selagi BN peritah,
Barang Naik..
Bila Naik?
Baru Naik..
Berapa Naik??
Banyak Naik...
dah habis belajar nak bayar hutang pulak...
rakyat Malaysia dah habis belajar terus diajar cara berhutang...
memang itulah Hakikatnya.....hidup kat Malaysia

Ahad, 9 Januari 2011

Mungkin itu takdirnya...

Ramai org nak kaya...nak ada duit banyak....keta besar, rumah besar...bini pun besar....hahaha
opss terlebey suda.. tapi adakah dengan kaya kita akan bahagia...
mungkin itu selalu yang orang fikirkan begitu juga la dgn aku...
tapi harta banyak makin susah nk menjawap pulak depan Allah apa kamu buat dengan harta kamu..
rumit tapi itulah hidup.... aku mula meletakkan angan2 nak buat bisnes.... mampukah aku jadi macam Tan sri mohktar? tidak pun menjadi macam jutawan yang lain...hanya Allah saja yang tahu..
rezeki sudah di tetapkn Allah ketika kita di alam roh lagi..
tapi bagaimana kita merpergunakan ia..
sama2 la kita renungkan....

Rabu, 5 Januari 2011

Pirates of the Caribbean Theme Song

Siapa diri ini...

Hidup tanpa matlamat adalah hidup yg sia-sia...
kerana hidup hanya untuk makan, minum dan tidur...
perlukah kita menjadi sebegitu....?
seorang yang hebat bukan kerana namanya hebat tetapi kerana sikapnya yang menjadikanya hebat..
marilah kita tergolong dalam manusia yang sebegitu..
walau tidak banyak cukuplah sekadar sedikit...


Jangan sandarkan diri kamu pada diri sendiri..
Sandarkanlah diri kamu pada Allah...